Laman

Kamis, 17 Maret 2016

BAHAYA RADIASI DAN KESANNYA



1.      Pengenalan Radiasi
Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau ruang. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, gelombang radio dan radiasi pengion. Radiasi pengion adalah apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.
Setiap hari manusia terdedah kepada radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Perokok pula menerima dos radiasi lebih tinggi daripada radioisotop yang terkandung dalam rokok.
Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik. Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.
Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia tergempar apabila terjadinya pencemaran radiasi berikutan loji nuklear yang tidak berfungsi akibat daripada gempa bumi dan tsunami. Pencemaran radiasi yang disebut sebagai krisis nuklear pernah terjadi di Chernobyl, Ukraine pada suatu ketika dulu di mana kesan radiasi masih wujud sehingga kini. Insiden kanser yang tinggi diikuti komplikasi kepada bayi yang lahir masih menghantui penduduk Chernobyl. Kesudahan di Jepun belum diketahui namun krisis radiasi yang berlaku sudah menghampiri tahap krisis radiasi di Chernobyl.
2.      Radiasi pada Manusia dan Kesannya
Pendedahan kepada radiasi, sama ada daripada sumber semula jadi atau buatan manusia, dos tinggi atau rendah pasti ada kesan biologi kepada tubuh manusia. Radiasi menyebabkan pengionan atom à kesan kepada molekul à kesan kepada sel à kesan kepada tisu badan à kesan kepada organ à kesan kepada tubuh badan Sel yang lebih sensitif akan lebih terkesan daripada pendedahan kepada radiasi. Sel yang sensitif adalah sel yang membiak atau membahagi dengan kerap dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Sel yang jarang membahagi atau membiak dan sel yang rendah kandungan oksigen kurang terkesan dengan radiasi. Sel yang paling sensitif adalah limfosit (sel darah putih) dan sel-sel yang menghasilkan darah manakala sel yang paling kurang sensitif pula ialah sel saraf dan otot. Organ yang paling sensitif ialah organ yang menghasilkan darah diikuti organ pembiakan dan kulit manakala organ yang kurang sensitif ialah otot dan otak. Sensitifnya organ adalah berdasarkan sensitifnya sel. Sel yang terdedah kepada radiasi sama ada pulih, mati atau bermutasi. Sel yang bermutasi sekiranya terus membahagi atau membiak akan membawa kepada tumor atau kanker.

Kesan radiasi adalah berbeza bagi setiap individu berdasarkan faktor-faktor berikut:
  1. Jumlah dos radiasi
  2. Jenis sel yang terdedah kepada radiasi
  3. Jenis Radiasi
  4. Usia individu yang terdedah kepada radiasi
  5. Peringkat pembahagian sel kepada radiasi
  6. Bahagian badan yang terdedah kepada radiasi
  7. Kesihatan individu yang terdedah kepada radiasi
  8. Jumlah tisu badan yang terdedah kepada radiasi
  9. Tempoh masa terdedah kepada radiasi
 Individu yang menghidap penyakit berjangkit mungkin mengalami kesan yang lebih teruk berbanding individu yang sihat. Kesan radiasi terbahagi kepada 2:
  1. Akut – apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat
  2. Kronik – apabila terdedah kepada dos yang rendah dalam tempoh masa yang lama
Dos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel manakala dos yang rendah merosakan atau mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi akut (NCRP Report No. 98, Guidance on Radiation Received in Space Activities) : LD 50/60 ialah Lethal Dose di mana 50% orang yang terdedah kepada dos ini akan mati dalam tempoh 60 hari. Pada tahap 100 rad (Radiation Absorbed Dose) ke atas boleh mengakibatkan keguguran rambut, kulit terbakar dan masalah penglihatan.
Kesan radiasi apabila terdedah kepada dos radiasi yang rendah dalam tempo yang masa yang lama (kronik):
a.       Genetic – kesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.
b.      Somatic – kesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah kanser.
c.       In-Utero – kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau cacat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar